FAQ

Cabaran Baru!!

Warna henna VS igora color Schwarzkopf





1. Apa beza warna rambut inai dan warna schwarzkopf?

     Jawapan : Inai hanya boleh menembusi rambut putih sahaja, manakala warna schwarzkopf yang permanent mengandungi ammonia yang mana ia berfungsi membuka kutikel rambut dan membenarkan warna masuk sehingga bahagian kortek.
       Tidak seperti warna semi permanent ia umpana warna yang boleh disamakan dengan warna kosmetik seakan memakai maskara di rambut. Ia hanya menyaluti bahagian luar rambut atau kutikel sahaja.

2.  Boleh buat rebonding dan warna dalam 1 hari
     Jawapan : Amat tidak digalakkan. Ini kerana kutikel rambut akan dibuka sebanyak 2 kali. Melainkan anda menggunakan warna semi permanent yang mana kandungan ammonia yang rendah akan tidak merosakkan rambut seteruk warna permanent. Tetapi orang Islam di larang sama sekali memakai warna semi permanent kerana ia tidak menembusi rambut. Kita tidak ada pilihan... :)
       Bagi yang benar-benar tidak ada masa dan terpaksa melakukannya, minta nasihat hairstylist anda.

3.  Syampu hari-hari boleh rosakkan rambut kan?
     Jawapan : Ya dan tidak.
                    Ya bagi mereka yang mempunyai kulit kepala yang normal atau kering. Mereka yang mempunyai jenis kulit kepala seperti di atas tidak digalakkan mencuci rambut setiap hari kerana akan menghilangkan kelembapan semulajadi pada rambut dan kulit kepala.
                     Tidak bagi mereka yang mempunyai kulit kepala yang sangat berminyak atau seseorang yang sangat aktif dalam kehidupan seharian dan selalu berpeluh. Mereka amat digalakkan mencuci rambut setiap hari.

    Nak tau apakah jenis kulit kepala anda? Kunjungi salun El Rahah untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA dan analisis secara berkomputer JUGA PERCUMA!